Sunday, May 17, 2015

Di dalam AJ, terdapat peluang bagi 3 jenis pihak, iaitu;

Pihak 1: Pelanggan (Pengguna Mykad)
• Aktifkan Mykad, anda dapat diskaun ketika berbelanja (FREE activation).

Pihak 2: Peniaga
• Dengan Mykad, anda dpt pelanggan tambahan.

Pihak 3: Affiliate
• Aktifkan Mykad pelanggan, anda dapat jana pendapatan tambahan.

Anda mahu di pihak yg mana??
Call/Whatsapp: 016-7115024

Tuesday, May 5, 2015

[Part Time Job Dibuka!]
*Hanya 5 Kekosongan*

Agensi sy perlukan pekerja part time.

Kelayakan:
1) Umur 20 tahun ke atas.
2) Lepasan SPM/Diploma/Ijazah/Master/PhD/PPhd
3) Fasih berbahasa Melayu.
4) Berpengalaman dlm bidang pemasaran secara online/offline/franchise adalah satu kelebihan.

Gaji: RM50-RM1,100 per case.
Kenaikan gaji boleh dirunding setiap bulan, based on performance.

Pm sy utk penerangan lanjut.

Lokasi: Bangi/Nilai/Kajang/Serdang/Seri Kembangan/Sg Besi.

Whatsapp/Call Only: 016-7115024 (Yad)

Thursday, February 27, 2014

Thursday, July 11, 2013

Passive Income and Active Income

SEDIKIT PERKONGSIAN...

Untuk build wealth kita kena ada 2 komponen income...

1. ACTIVE income yang datangnya dari kerja seharian yang kita lakukan..
2. PASSIVE income yang di-ibaratkan 'money-making machine' yang generate duit tanpa kita perlu kerja berterusan untuknya..kerja sekali pastu makan pon duit masuk..tido pon duit masuk..

Mana yang BEST?
Mesti la PASSIVE income kan. Dan passive income ini la yang akan support desired lifestyle kita.

Cer tengok slip gaji..pas tolak itu ini...duit yg tinggal tu cukup ke nak guna bawak mak ayah kita yang teringin sangat2 gi haji atau umrah? Kekadang anak merengek-rengek mintak belikan mainan pon tak lepas.
Sedih kan.. :(

So di sini la PASSIVE income tu membantu. Nak buat active side bisnes boleh..tapi larat ke kita pas balik keje penat2..pastu terkejar menjual itu ini SETIAP HARI? Dalam bekerja..kita perlu REWARD DIRI kita dan have fun jugak sebab ia membantu maintain motivasi diri. Kalau machine pon boleh breakdown kena hantar repair....inikan pulak KITA...

Cemana nak dapat passive income ni?
Investment property..saham adalah antaranya..tapi mampukah kita? Nak invest pulak wajib ada ilmu..silap2 ditipu atau kecundang di tgh jalan. Kita ada ke? Bersediakah kita tanggung risiko kalu tetiba ekonomi down?

Ada jalan yang lebih mudah iaitu usahakan AFFILIATE MARKETING. Tak perlu pening2 buat produk. AFFILIATE JUNCTION adalah satu platform yang menawarkan peluang untuk jadi usahawan dan jana passive income dengan modal yang rendah. Risiko pon kurang, selain disokong badan2 kerajaan serta potensi masa depan yang besar.

Insyaallah dengan usaha gigih di peringkat awal ni..membolehkan kita mencapai passive income yang selesa di kemudian hari. Kita berhak dpat komisen atas usaha kita perkenalkan kedai kepada pelanggan..pelanggan ke kedai. Kita gembira, retailer happy, customer pon lagi la..berbunga-bunga hati mereka!

Yang paling best..kita akan ada lebih banyak masa untuk diri dan keluarga. Kita dapat gembirakan & sediakan apa jua yg diperlukan oleh orang2 yang kita sayangi yang telah byk berkorban untuk kita suatu ketika dahulu..dan mereka adalah semestinya IBUBAPA kita..ISTERI, SUAMI dan ANAK2 tersayang yang tanpa jemu doakan kejayaan kita saban hari :)

Wednesday, February 27, 2013

Rezeki

‎"8 Pintu Murah Rezeki" ialah:-

1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
6. Selalu baca doa Al-Waqiah.
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya."

Saturday, December 29, 2012

Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Kredit : Janji ALLAH Itu Pasti (Facebook)

Saturday, December 15, 2012

Koleksi Tazkirah: Bahagian 4

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Harini yad nak sambung lg tazkirah untuk bahagian 4. Antaranya seperti dibawah:


1) Tahukah kamu JIKA TERDETIK walau SEDETIK hatimu UNTUK BERUBAH LEBIH BAIK, ianya adalah HIDAYAH dari ALLAH . Kerana RASA itu MILIK ALLAH. Jangan abaikan perasaan itu, mulakan walau selangkah cuma, bersikit lebih baik dari langsung tiada :')

-Pakar diari hati (FB)-

2) Apakah menu pilihan Rasulullah s.a.w.?

Jom kita semak:

1- Kurma dan air kosong.
2-Tharid (roti yang dicampur daging dan berkuah)
3- Roti yang dimakan dengan cuka.
4- Roti dengan minyak zaitun.
5- Roti dengan KEJU.
6- Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum.
7-Roti dengan kurma.
8-Kurma dengan mentega.
9-7 biji kurma yang direndam di dalam susu (biasanya dimakan waktu pagi)
10-Kurma dan tembikai
11-Timun dan kurma

-Fhairna Baharulrazi (FB)-

3) Lelaki paling hensem dekat dunia ni AYAH kita..
Perempuan paling cantik dekat dunia ni EMAK kita..
Siapalah kita tanpa mereka..
Hargai mereka selagi mereka masih ada.. :)

-Bercinta Selepas Nikah (FB)-

4) Kita tulis benda² baik...Tak semestinya kita baik ..
»» tapi sekurang-kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan?

► Kita cakap benda² baik, tak semestinya kita baik ..
»» tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara2 tak baik kan?

► Kita buat baik, tak semestinya kita baik...
»» tapi sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan?

••► Kita bukanlah bagus sangat...tapi kita pun bknnya jahat sangat kan

-AKU BENCI DEDAH AURAT DI LAMAN SOSIAL (FB)-

5) MULUT NERAKA VS MULUT SYURGA (Wording From Prof Muhaya This Morning @ IKIM.FM)

i. Mulut Neraka
- Lepas kita bercakap dengan org, org yg mendengar kita bercakap akan rasa gelisah, marah, dendam, rasa tak berguna, useless, sedih, monyok

ii. Mulut Syurga
-Lepas kita bercakap dengan org, org yg dengar kita bercakap akan rasa cerah masa depan, lebih tenang, stabil, problem boleh solved, suka, gembira.

iii. Apa yang kita cakap bermula dari minda.

iv. Apa yang difikir oleh minda datangnya dari hati.

v. Apa yang terbit dari rasa hati bermula drp akidah yang kita miliki

-Rahsia Tarikh Lahir Anda (FB)-

6) Jangan sampai kita terlupa!

- ada suami yg lupa bhwa ibu lebih utama dari isteri,
- ada isteri yg lupa bhwa suami lebih utama dari ibu,
- ada ibu bapa yg lupa ank prempuan mereka perlu mngutamakn suaminya lebih dri ibu bapa,

- ada isteri yg lupa bhwa si suami perlu mengutamakn ibu si suami melebihi si isteri,
- ada ank lelaki yg lupa bhwa tnggungjwb mnjaga ibu & bapa trgalas d bahu mereka & bkn pda anak² prempuan.

- ada ank prempuan yg lupa dia lebih trikat dgn tnggungjwb kpda suami & ibu bapa suami lebih drpda ibu bapa kndungnya sndiri..

-Bercinta Selepas Nikah (FB)-

7)    Suami Yang Tidak Tampan..

Seorang lelaki buruk rupa dan berbadan pendek berkahwin dengan seorang wanita cantik jelita.
Pada suatu hari, isterinya telah berdandan sehingga menjadi semakin cantik dan menawan di mata suaminya.

Si suaminya terpaku dan merenung isterinya..
Isterinya bertanya, “Ada apa denganmu sayang?”
Suaminya menjawab, “Demi Allah kamu sangat cantik rupawan.”
Isterinya berkata, “Bergembiralah, aku dan kamu akan masuk Syurga.”
Suami bertanya, “Dari mana kamu tahu itu?”
Isterinya menjawab, “Kerana kamu dianugerahi isteri cantik seperti aku lalu kamu bersyukur, sementara aku diuji dengan suami seperti kamu lalu aku bersabar. Orang yang sabar dan orang yang bersyukur akan sama-sama masuk Syurga.”

p/s : Positif itu perlu seiring dengan redha dan syukur.. Tiada siapa yang tidak di uji di atas muka bumi ini.. Hadapi dan harungilah dengan minda yang terbuka, semuanya akan menjadi lebih mudah.. insyaAllah..

-Bercinta Selepas Nikah (FB)-

8) (◕‿◕) Duhai Adik2 Perempuanku Sayang (◕‿◕)

✿ Perempuan tidak seharusnya menjadi Bulan yang mana semua orang boleh melihatnya..

T E T A P I

✿ Perempuan harus menjadi Matahari yang membuat semua mata tunduk sebelum melihat kepadanya.

# Untuk apa Cantik di mata manusia, tapi Tidak di Mata Allah kn.

-I.S.L.A.M = I Sincerely Love Allah & Muhammad (FB)-











......................................................................................................................................
                                                      -SEKIAN-
......................................................................................................................................

Usahakanlah diri kita untuk memberi tazkirah kpd diri kita dan orang lain, walaupun sepotong ayat. In Shaa Allah, tuhan akan membalas kebaikan yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا. (مسلم وأبو داود والترمذي

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Hope tazkirah ni dpt membantu kita menilai diri dan berusaha utk berubah utk menjadi lebih baik dunia dan akhirat hendaknya. Amiiin..