Thursday, August 4, 2011

Kelebihan solat tarawih dari malam pertama hingga akhir ....(hayatilah)

Antara Kelebihan solat tarawih dari malam pertama hingga akhir :

Kelebihan Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


Kelebihan Malam Ke-2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


Kelebihan Malam Ke-3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


Kelebihan Malam Ke-4
Akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Kelebihan Malam Ke-5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


Kelebihan Malam Ke-6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


Kelebihan Malam Ke-7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


Kelebihan Malam Ke-8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


Kelebihan Malam Ke-9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


Kelebihan Malam Ke-10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


Kelebihan Malam Ke-11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


Kelebihan Malam Ke-12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


Kelebihan Malam Ke-13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


Kelebihan Malam Ke-14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


Kelebihan Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Kelebihan Malam Ke-16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


Kelebihan Malam Ke-17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Kelebihan Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


Kelebihan Malam Ke-19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Kelebihan Malam Ke-20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


Kelebihan Malam Ke-21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


Kelebihan Malam Ke-22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


Kelebihan Malam Ke-23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


Kelebihan Malam Ke-24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


Kelebihan Malam Ke-25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


Kelebihan Malam Ke-26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


Kelebihan Malam Ke-27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


Kelebihan Malam Ke-28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


Kelebihan Malam Ke-29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


Kelebihan Malam ke-30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan & Batalkah Puasa Kita Jika...

  Assalamualaikum...
Bersempena di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, yad nak kongsi seba sedikit tentang beberapa perkara yang boleh membatalkan puasa berserta dengan penjelasannya skali.. Kredit kpd  zaharuddin.net .Diharap perkara ini dpt kita berkongsi bersama dan berharap dpt memantapkan lagi ibadah puasa kita.. InsyaAllah.

Baru aje sebelas bulan selepas Ramadhan yg lalu n skarg da msk pun Ramadhan seterusnya. Dengan berlalunya ramadhan demi ramadhan maknanya umur kita jgk menjadi bertambah pendekkan.. kematian semakin mendekat, tapi amalan ngan bekalan kita semakin bertambah? Muhasabah lah diri kita k. Ok, apa tujuan sebenarnya Allah ciptakan bulan Ramadhan ni? antaranya adalah untik diuji siapakah amalan yang paling baik dan ikhlas. Di bulan Ramadhan ini juga terdapat satu malam yang Allah berikan kpd kita peluang untuk merebutnya.. MALAM LAILATULQADAR.. malam tersebut merupakan malam yg pnh keberkatan dan nikmat Allah berikan kpd umatNya yg beriman dan bertaqwa. Dikatakan bahawa mlm tersebut iaitu 10 mlm yg terakhir dibulan Ramadhan. Tapi, Allah Maha Kuasa.. hanya Allah shj yg dpt menentukan malam yg penuh keberkatan tersebut.. Rebutlah peluang yg ada ni.. bukan senang kita nak dptkn. Belum tentu kita akn bertemu dgn Ramadhan yg akan datangkan... gunakan peluang sebaik2nya. 

 Ok ok... berbalik kpd tujuan sebenar penulisan kali ni.. nk bincangkan serba sedikit perkara2 yg membatalkan puasa berserta hukum dan perbincangannya. Antaranya:


1) Darah keluar dari tubuh 
Samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain. 
Hukumnya : 
Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247) 

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur. 
Hukumnya
Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik. 

3) Pil elak haid untuk puasa penuh.
Hukumnya
Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.  

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah.
Hukumnya
Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. 
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.  

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal. 
Hukumnya :
Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa. 

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
Hukumnya :
Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat.
Hukumnya
Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban) 

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa.
Hukumnya
Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ  يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud,  2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.
 
9) Wanita tamat haid
Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )
10) Keluar air mazi
Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.
 
11) Keluar air mani tanpa setubuh
Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.
Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak.
Hukum :
Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.

13 ) Mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.
 
14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.
Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

Pss: Segala kesalahan dan kesilapan yad hrp dapat kalian maafkan.. Sesungguhnya yang baik itu datang drpd Allah dan yg buruk itu dtg drpd kelemahan sy sndiri. Wassalam.  



Wednesday, July 13, 2011

LIVERPOOL.......... YNWA

LIVERPOOL

Assalam....
hi guys... i'm coming back.. blog kali nih nak menceritakan sket pasal LIVERPOOL a.k.a The Reds... To mention, yad sememangnya a BIG fan of liverpool fan.. Dari sekolah menengah lagih.. Kenapa? Sbb mostly sbb Steven Gerrard.. Kalo sape2 fan liverpool xknal SG mmg fan celup lah tuh.. hehehe... :)  sblm form 3 mmg xbrapa amek kisah lgsg sgt pn ngan bola2 nih... main ape pn x... game ke.. padang ke... futsal ke... smua tadak... smpilah satu masa nih yad tgk liverpool maen kat TV... mula2 tgk mcm biasa.. then sampi satu part nih tgk gerrard shot dr jauh.. Mmg awesome.. and offcourse gol.. sgt cantik... sgt impress time tuh.. Sejak dari tu la yad jd fan setia Liverpool dan juga bola sepak.. hehe.. sblm tu maen2 cukup syarat je.. tp bila da minat siap tiru2 gaya gerrard.. hehehe..

 
The Kop
Line-up Squad
   Apa yg menariknya dgn LFC nih? 18 kali juara liga perdana > 5 kali liga juara2 eropah > 7 kali piala FA > 7 kali piala liga > 3 kali piala eropah..... have arguments? haha.. totally deserved as one of the most fascinating club in european history...

5 beautiful champions league winner cup
Bukan tu je.. LFC ni sememangnya terkenal dgn 'comeback'nya dlm match2 penting contohnya mcm kejohanan piala.. Mr. Stevie G yg slalu menjadi penyelamat pasukan liverpool tuh... satu contoh mase comeback paling menakjubkan diorg di Istanbul dlm final champions league 2005 (masa nih opponent adalah AC Mizalan)

LIVERPOOL 2005 champions league winner
Tahun berikutnya 2006 diorg menang Piala FA.. juga menerusi comeback tradisi LFC.. hehe.. Kali ni Stevie G juga jd penyelamat... score minit2 akhir game utk heret game smpi penalti yg dimenangi liverpool..
LIVERPOOL 2006 FA CUP WINNER
Kalo nak bercerita details mmg 14 page pn xabes..hhuhu.. stakat nih buat sikit dlu.. yg lain akan dikemudiankn mengikut arus semasa..hahaha..

Apa yg membuatkan yad teruja adalah xsangka Liverpool datang buat friendly ngan team malaysia.. Nih 1st time dorg terjah Malaysia.. Peluang bukan selalunya ada.. peluang yg xdpt dilepaskan nk tgk player2 star liverpool scra dekat... slalu nengok kat TV jeh... Mmg sgt teruja nk g sabtu nih.. Oopss.. Lupe gtau secara detail pasal tour dorg kat asia.. meh tgk jap:


MALAYSIA XI vs LIVERPOOL FC
Date: 16TH JUly 2011 (Saturday)
Venue: National Stadium of Bkt Jalil
Time: 5.45pm (lepas solat asar)

and Offcource yad pn pegi.. pegi ngan ayah and pakcik makcik ngan sepupu penang.. Yad xdpt training pass 14 july nih sbb lambat beli.. huhu (padan muke aku).. Papepn, looking forward utk nengok player2 nih beraksi walaupun Stevie G, Luis suarez, ngan Reina pale botak xdpt dtg due to several reasons (injury and national team commitment).. Hope peluang nih yad akan gunakan sebaiknya.. bkn snangkn nk dpt peluang camnih.. melainkan pegi england sniri nengok dorg men tiap2 minggu... hehe.. YNWA

My tickets

National Stadium Bukit Jalil Maps

Maps jalan

Friday, July 8, 2011

Haris Haziq ~ My beloved nephew......

Haris Haziq

Kali nih nak bercerita sket pasal anak buah yad.. as mention kat atas gmbr atas namanya ahmad haris haziq bin ahmad tarmizi... skrg umur dia br 1 thn 5 bln (10.02.2010).. tp sgt aktif n lasak.. pantang lepas kejap kat umh mesti bergerak g marata tempat.. panjat kerusi, tungging bontot, pusing2 badan, naik atas bdn org, ketuk meja, tampar2 cermin, dan yg paling ssh nk dielakkan skali adalah baling barang.. bila nmpak benda2 kt dpan dia mst ambil dan hempas kat lantai..adeyh.. smua tu adalah habit haris tiap2 hari.. sgt2 aktif.. xlarat nk memekik dah kat dia.. dah kene marah buat muka sebek.. pastu selang 4 saat senyum balik sbb dia paham kut org marah2 pastu mst sayang cium pipi dia...hehe ;)

Haris demam panas... cian dia

Waktu ni Haris demam sgtlah panasnya.. dekat 40C kut.. Sbb?? haha.. sbb mak ayah dia bawak g mrata tempat jalan2 kat ganu.. g mandi pantai, air terjun.. blk2 umah demam melalak haris.. huhuhu.. cian dia.. gambr nih masa haris di hospital putrajaya.. Tgk tuh.. demam2 panas pn masih ceria lg.. haha ... itulah Haris.. sgt happykid..

Smile alwaysss...

Kat hospital ngah sakit pn masih lasak buat mcm umah sendiri... hihihi

...........................................................................................................................

Alang-alang menyeluk pekasam... biar sampai ke pangkal lengan..


hihi.. saje jew tulis.. alang-alang da tulis pasal haris.. semangat pulak nk tambah lg..

Lepas jer Haris abes dr demam (ke.. masih demam lg? ntah, xigt.. da lame kut.. hihi), haris ikut kami (yad, mak, ayh, kak long, adik2 pompuan) pegi masjid al-hasanah kat b.b. bangi.. tujuan adalah utk g kursus haji.. oopss oopss... bukan yad yg nk g haji... tp mak ayh yg nk g.. yad, mak, ayah g buat demo haji kat belakang masjid.. haris pn xterlepas nk rasa feel berHaji (Haji haris ;p)... dia pn sibuk2 nak pakai kain ihram yg yad pakai.. lets check it out >>>>

Haris bersama2 kain ihram... cute2 aje

Bersama Hariskuu..

^_^

P/s: hope lepas nih dpt update blog dengan lebih kerap.. hehe

Friday, June 17, 2011

Comeback....

As usual... mmg malas sgt nk update blog.. sebulan skali pn ntah mmg cukup ssh nak update blog.. tetiba pulak arini ter-rajen pulak nk update... ok, cukup sudah.. kali ni nak cerita pasal life tuan punya blog selepas bergelar unofficial graduate.. To inform, tarikh 16.05.2011 merupakan tarikh keramat yad sbb tarikh tu yad TELAH BERJAYA menamatkan study di UTM, Skudai selama 4 thn just utk mendapatkan scroll degree yad dlm bidang Aeronautik.
Ok, abes je study, terasa nak relax puas2 kat umah... holiday panjang, xyah penin2 dah pikir esaimen2, projek2 yang berlambak tuh... mmg mcm reset je blk otak bila cuti lame2 nih... Actually bukanlah cuti sgt... sbb mmg dah free dah... hehe.. Tp yad still ada kerja time cuti nih:

1) Cari kerja
2) Jd 'driver' kat umah
3) Surirumah yg hampeh
4) main game
5) Fesbuk 24 Hours
6) G kenduri (bulan 5 kn berpusu2 org nk kahwin)
7) Jg haris haziq (satu2nya anak buah yad)

Skang da sbulan lebih dah yad 'tanam anggur' kat umah.. aiseh, wujudlah tekanan2 supaya cepat mencari kerja (i like it cause sedarkan yad).. kalau tak dok menanam anggur ja kat umah.. huhu.. Tp skrg nih telah gigih mencari kerja.. Especially kerja yg dlm bidang Aeronautik.. But then kalau lame sgt xdpt jual diri kat employer,,, terpaksalah eden mencari kerja di luar bidang.. hehe.. bak kate org, jgn terlampau memilih sgt dlm mencari kerja nih.. yup, mmg btul.. Cuma bg yad first kerja tu sgt pntg sbb akan menentukan haluan sebenar kita nnt..

Chaw dulu, smbg blk nnt bila2...hehe.. Wassalam

Sunday, April 24, 2011

Less than two days to go......

What happen in the next two days? do u want to know?.. oh ya, its my presentation day.. final year project presentation (FYP2) ... happy mode because it would become my last presentation as a student in UTM.. slides is not done yet.. huhuu.. so lazy to start with.. but once i start, i will continue until finish.. that's my habit.. also doing work at last minute.. aiceh.. need some moral support to doing all this.. next week got final exam on friday.. another week on friday got final exam too.. then, do whatever i want..hehe.. up until now, i try to focus on my study until finish it.. hope everything goes well.. aminn.. =)

Thursday, April 14, 2011

Hakikat sebenar perasaan cinta & sayang

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya

hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap

menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu

merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain

lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang

berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon

untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu

sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat

bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa

pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau

tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia

ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon

untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan

mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi

baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.

Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran

yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh

di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau

mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika

kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.

bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar

mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS

dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas

dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari

kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak

pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin

mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,

kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



p/s: Credit to Tengku Ikmal's note on facebook