Thursday, December 6, 2012

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kalian,


Ahad lepas kami sekeluarga (except Aiman sbb ada di U) pergi berjalan2 dan bermalam sehari di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Lokasi dipilih sebab majoriti xpernah lg pergi ke sana. Nak tgk2 tempat dia. Dengar kata tmpt tu macam kat oversea.. macam kat Perancis je. So, we all decide utk ke sana.

Sebelum ke hotel, kami pergi ke Rabbit Farm dulu. Tempatnya kecik je. Bukan saja rabbit je ada, rusa, kancil dan kerbau pn ada. Lagi best ada burung merak skali. haha.. (Rabbit Farm ker ni?).


Buat sate sodap jgk ni

Arnab kat sana macam2 jenis kaler ada. Waktu kami pergi tu hujan renyai2, so arnab yang ada pn basah2 sikit dan tanah pn penuh lecah. Arnab kat sana ada yang cergas xmenang tangan nk tangkap. Ada jg yang malas senang je nak tangkap. haha..
  

Macam pegang kucing

Arnab yang yad dukung tu baik ja. Rasa macam dukung kucing je. (Almaklumlah xpnh dukung arnab kn). Amanina (adik bongsu) suka sgt dukung arnab. Pandai pulak tu dia tangkap. Jeles eden.. huhu


Haris khusyuk mengambil gambar

 Macam biasa, my nephew Haris yang lasak-buas-aktif memang byk akal. Pandai ambil gambar pulak tu. Kesian kat kancil tu kene hambat dgn haris yg semangat nak ambil gambar.


Tengah bayang sate arnab =P


Sesudah singgah di rabbit farm kami sekeluarga pn pergi check-in ke comar. Kami parking kat bawah hotel. Mulanya susah nak cari parking sbb xda petunjuk sgt pn. Ditambah pulak guard yang jg pn boleh salah bg direction... dush2...


Beautiful place

Tempat ni memang cantik ala-ala kat oversea. Bersih tempat ni tapi malagnya kecik je kawasan dia. Sekali round dah habis xtau nk g mana lagi. Tak lama pn nak round dalam sejam (plus ambil gambar tenang2). 


Haris at clock tower

Boleh kata xsah kalu tak ambil gambar kat clock tower ni sbb tempat dia betul2 jalan nak masuk Colmar. Sgt strategik. Mula la terbayang cerita Harry Potter episode 1 yang potter n friends tolak luggage ke dinding. hahaaha (merepek sudah).


Air pancut tempat feveret bergambar

Air pancut ni menjadi tempat tumpuan orang ramai utk bergambar. Seronok btul haris tgk air pancut tu. Cuma air yang dipancut tu deras sgt. Habis terkena basah klu duduk kat situ.

Selesai check-in + bergambar kjap di Colmar, kami pn keluar ke Japanese Village. Nak g sana kene naik Shuttle Truck yang disediakan. Tak ramai sekali naik. Kami sekeluarga aje dah penuh shuttle truck tu. Kalu pergi waktu peak silalah berebut utk naik ye. heheee.


Japanese Village

Sampai je di Japanese Village akan nampak kedai souvenir. Tempat ni disusun kemas + bersih ala-ala stail jepong.Kat kolam dia siap ada ikan kap lagi. Gemok2 pulak tu. Goreng pn sodap. ^_^


Nice view

Kawasannya agak luas + menarik. Cantik betul landskap dia. Memang sesuai utk kaki tangkap gambar.


Amanina n Aqilah

Cantik kan tempat dia. Ada air terjun lagi tu. Kagum rasanya kt Malaysia ni ada tempat seindah ni. (hohohoo)


Genting Highlands??

Tengok gambar kat atas ni macam kat genting highland la pulak. Waktu ni hujan renyai baru je berhenti. Sebab tu nampak kabus2 je. Lagipn tempat ni memang tinggi dari aras laut pn kn.


Tgk swan(sea?)

Habis ronda di Japanese Village kami pn sambung berjalan2 di Colmar. Kali ni kami jenguk2 swan kat bawah jambatan Colmar. Hai swan.. =P

Tempatnya memang menarik sebab tempat yang terbuka dan senang utk visitors pegang2 swan yang suka mematuk tu. Rasa nak cekik leher dia je.. hahaa


Show in Colmar

Waktu petang (1pm) dan malam (9.30pm) di Colmar ada show. Show simple2 je. Dalam setengah jam dah habis. Ramai yg datang tgk. Yolah, ini je yang boleh di hiburkan lg. Tak dok tempat lain lg di Colmar utk dituju lagi. Lagi satu, kalu nak gi ke Colmar pastikan bawa bekal sesiap sbb restoran kat sni smua mahal2 belaka. Harga nak berbelas2 je even with nasi goreng je tau.


Cantik dak

Malam2 tempat ni dihias dengan lampu2 yang menarik. Pencahayaan yang bagus. Maybe sebab tempat ni kecil je kn + dikelilingi bangunan ala-ala perancis-portugis-sepanyol-Malaysia (?) 


We all together!

Keesokan harinya selepas sarapan kami trus check-out. Tak tau nak kemana lagi dah. hehee

Btw, Nice trip =)

Koh Samui, Thailand

Satu bulan yang lepas masa Hari Raya Haji my family (xsemua ikut) ada buat trip to Koh Samui, Thailand. Motif bercuti adalah untuk menghabiskan tiket free from Firefly. Just bayar tax je utk tambang.. hehehee. Kami pergi selama 3 hari. Berlepas dari skypark terminal, Subang.

Skypark Terminal, Subang


Flight kami waktu petang dalam pukul 1.30pm. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 45 minit. Agak lama jugak utk pjalanan jarak dekat. (Thailand jeh pn, hahaa). Nak gi ke pulau ni ada dua cara. Sama ada melalui udara ataupun laut (darat xda ye.. haha.. obviouslah).Klu dari Malaysia boleh nek Firefly dr Subang mcm yang kami buat. (xsalah ada satu je flight dari malaysia ke sana - firefly). Xpun klu nak ikut darat blh gi Thai dulu ke Surat Thani then nek bot ke Koh Samui. (agak leceh).


Cantik permandangan dr dlm flight

Sedikit pengenalan mengenai Pulau Koh Samui. Pulau ni terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, pantainya yang putih-halus-cantik-lembut, coral reefs dan pokok kelapa yang sgt cantik dan tersusun. Pulau ni yang kedua terbesar di Thailand selepas Pulau Phuket. Pulau ni mmg ramai pelancong ASING. Dah macam bukan ada kat Thai je. Orang Thai yang ada kebanyakannya bukannya pelancong, tapi orang yang kerja2 kat situ je. Memang majoriti pelancong kat pulau ni. Kerajaan Thai memang mjaga tempat2 peranginan pulau diorang. Sgt cantik. xmcm di tanah besar di Thai. Segala ceruk2 mana pun tersusun rapi n bersih. Sgt sesuai utk pelancong.


Samui Airport. Dah macam resort pulak.

Gambar di atas adalah Airport. Samui Airport. Jgn xcaya ye. Berkonsepkan resort. Sgt sesuai utk para pelancong. Sgt cantik-bersih-tersusun. Ambil gambar ceruk mana pn still cantik. Cuma airport ni xlah sebesar mana pun. Kapal terbang kecik2 je blh landing.


Baan Sukreep Resort

Sesudah sampai ke Pulau ni, kami trus sewa kereta vios. Cukup2 muat utk lima orang kami. Harganya sewaan agak murah. Yad xigt berapa Bath tapi agak berbaloi utk 1-day rent .
Then kami terus pergi check-in di Baan Sukreep Resort. Resort ni kecik je. Tapi sgt cantik dengan susunan pokok2, hiasan dan mcm2 lagi. Harganya pn murah dlm RM 250+ je kot klu dah convert. Kolam renang pn sgt best. Best sebab dapat mandi sgt malam2 buta sampil menikmati bulan bintang capricon.


Bilik air yang tersusun kemas + cantik

Kami ambil dua bilik. Satu besar, satu macam apartment. Siap ada kitchen lagi tu. Memang selesa + berbaloi.


One of  the street in Koh Samui

Tapi apa yang memeningkan pandangan mata adalah sistem elektriknya. Xubah macam di tanah besar Thai. Berselirat benor.Macam mana lah kerja2 maintainance dilakukan yer.. Poning den just by looking. Jalan2 kat sana memang kecil, tapi bersih. Naik motor ada yang xpakai baju. Maybe sbb senang nak gi mandi pantai la konon. haha. Helmet pn macam xwajib pakai je.
 
Habis cite pasal pulau ni, meh layan gambar pemandangan laut sket:


Panas terik noh

Waktu kami pergi cuaca kat sana sgtlah panas terik dekat cecah 34 degree. Masak megi pn blh. (Boleh ker?)


Nice view

Setelah penat berjalan dgn cuaca teriknya, kami minum2 di satu restoran ni. xigt apa. minum air jeh + aiskrim utk regain blk air dalam badan drpd terhidrat (amboi..). View sgt cantik. Blh nampak batu2 besar tepi laut + coral reefs.


Hahaha

Grand Father Rock View =P

Sesudah penat berjalan. Kami pergi ke Grand Father Grand Mother Rock. Nak tau pebendanya tu, sila google k. hehehe. View pn sgt cantik.


Cantik keindahan alam ciptaan Allah

See.... sgt cantik kan.


Bersantai di pantai


Diwaktu petang cuaca sudah makin redup. Sesuai utk aktiviti2 pantai. Kami pn mandi laut. Lautnya sgt landai. Boleh g mandi jauh2 pn xpa. Still kaki leh cecah. (hehee.. kes takut dalam). Pantai sgtlah ramai orang. ramai btul. Smua tgk omputih je. Btw, nice view.

Kemudian keesokan harinya kami berjalan seperti biasa. Kebanyakannya kne naik kete. heheh... kes malas nak jalan. Tgh harinya kami bersedia utk ke Samui Airport utk balik.



It was rather a fun trip. I Hope to get another chance to go there again.  =)


My Beloved Niece ~ Nur Auni Afiqah

Dulu yad ada cerita pasal Haris Haziq (my nephew),
Kali ni yad nak bercerita pasal my niece ~ Nur Auni Afiqah.

Auni adalah anak buah kedua yad (first niece), adik kepada Haris Haziq.
Lahir pada 13.07.2012 kat Hospital An-Nur, bandar baru bangi.
Dah dekat 4 bulan dah. Cepat je kn masa berlalu.
Mata Auni sepet masa lahir macam anak orang cina..
Meh tengok sket gambar Auni masa lahir:


Auni di wad bersalin


Pandangan pertama

Haris cukup excited dpt baby baru

 
Mata nak bulat jeh

 
Sekarang dah besau. Mata yang dahulunya sepet mcm anak orang cina kini bertambah boolat macam dalam anime. Muka pun boolat. Geram btul tgk. Rasa macam nak gigit2 je pipi yang tembam tuh.


Umi Auni

Auni di Mid Valley Sabtu lepas. Auni ni peshen suka hisap jari telunjuk. tekan dalam2 mulut sampai nak termuntah pn ada then buat lagi berjuta kali.. hahaha.. Auni... Auni..


Omey2  ^_^

Comelnyaa... booolat sentiasa. Auni jenis tak byk meragam.. baik2 ja Auni. Senang nak jaga pun.. Klu nangis pn senang nak pujuk. Dukung2, trus sonyap.. Baiknya Auni.. (Dah la tembam)


Hug pleasee  =)




Lagi satu.. Auni klu senyum sgtlah menawan. Cute dengan mata boolatnya.. Terasa rindu sgt2 kat Auni.. Nak pelukkkk!!!



Setelah sekian lama xberblog. Baru muncul keringat utk menulis. Hehehee..  =)