Thursday, December 1, 2011
Wednesday, November 16, 2011
From JKU 2911 to JNF 4349
Assalamualaikum...
Lame btul yad x post kat blog nih.. ntahla.. bila rase mau type something tetibe hilang mood nk type.. adeyh.. Tetibe pulak kali ni mood nak type datang..hehe
Kali ni nak kisahkan fasal motor yang yad dah order tapi xsiap2 lagi.. Ceritanya begini, yad sememangnya dah lama berminat dengan motor 2-lejang nih sbb yad pernah bawak..motor ni bila ride je terasa sgt menyirap adrenalin seluruh badan dengan bunyi enjin yg berdetum2, bodynya yg sememangnya anggun, performancenya sgtlah terbaik.. haha.. motor yang dimaksudkan tu adalah Yamaha 125ZR. Yang yad bawak tu pun motor kawan yad yang rasanya dlm 7 thn da kot umur dia. Kalau motor fresh, lagilah gian jdnya kn. Yup, sebelum ni yad ada motor 4-lejang jeh -----> my beloved Kriss 120H Sport.. motor ni yad dah jual da pada 17.10.2011 Motor kriss ni byk berjasa ngan yad sepanjang study kat UTM ni.. sgt rindu with my motor..huhu (anda sihatkah?). Tp apa kan daya, demi memenuhi impian memiliki motor idaman, engkau terpaksa ku lepaskan.. huhu (sob sob) :(
Ok, sebelum go on ngan cerita seterusnya, meh sini yad gitau sket beberapa info fasal motor 2-lejang ngan 4-lejang ni. Agak subjektif utk membandingkan kedua2 jenis motor ni sbb motor 2-lejang ngan 4-lejang sgtlah berbeza. Motor 4-lejang ni secara amnya memiliki konfigurasi enjin dan parts yg agak kompleks jika dibandingkn dengan motor 2-lejang (maintenance agak tinggi, tp xsekerap 2-lejang yg cerewet.. hehe). Penggunaan minyak adalah begitu menjimatkan (efektif) berbanding motor 2-lejang yang sama cc dlm kelas yg sama. 2-lejang akan menghasilkan asap yg byk berbanding 4-lejang (menyebabkan pencemaran alam sekitar). Sbb tu kerajaan mesia nak mem'block' @ hentikan production motor berasaskan enjin 2-lejang ni.. Dr segi performance mmg 4-lejang xdpt nk lwn dgn 2-lejang. Ini dpt dibuktikan drpd kuasa (@Hp) yg dihasilkan dr enjin 2-lejang lebih hmpir 2x ganda drpd enjin 4-lejang yg sama cc nya.. Lg satu, 2-lejang ni memerlukan lebih komitmen drpd penunggangnya sbb kne isi miyak 2T dan 4T sementara 4-lejang hanya memerluka 4T aje. Begitulah serba sedikit info fasal motor 2-lejang dan 4-lejang ni (sikit ke? cam byk je..huhu.. sori2).
Orait2, berbalik kpd cerita asal td, motor ni yad da survey byk tmpt... sgt byk..(area JB).. Tp ada satu kedai ni (New Chen Motor Kredit Sdn. Bhd) kt area Skudai kiri jual motor ni ngan harga plg rendah klu dibandingkan kdi len kat sekitar JB. So, yad pn trus buat order (byr bulan2). Kata mereka motor ni mmg dah sikit stok drpd kilang dan kne tggu masa sket dln 3 - 4 minggu br siap..Erm, so dpt terima lg.. (sanggup tunggu lelame..huhu).. Lihat dibawah motor ni..
![]() | |||||
| 125 ZR (Maroon) - gmbr hiasan |
Dlm masa sebulan ni yad sabar menunggu motor idaman.. (tiap2 hari call NCM da siap ke blom).. ada suatu masa tu dorang kate production bulan ni (Nov) xda sbb kilang pemasangan kat Thailand banjir (betulkah?)... so, kata mereka bulan Disember br ada.. tu pun kne tggu turn (byk kot org order motor ni) ntah dpt ujung bulan dpan. Yad pun fikir punya fikir.. bincang punya bincang ngan kwn, family.. Last2 yad buat keputusan utk beli motor Kawasaki Ninja ZX150 SE @ Kawasaki Ninja KRR 150 SE. Motor ni mmg sgt byk stok..kat mana2 kedai pn ada.. Sgt cepat utk diproses. Yad bukan main pick je motor ni.. sblm buat keputusan mmg dah fikir masak2 (pros n cons).. tenung punya tenung.. bincang puya bincang... last2 inilah hasilnya.. motor ni yad beli by cash (ada sokongan sumber kewangan dr abg ipar.. hehe). Motor ni pun menggunakan enjin 2-lejang yang sememangnya best. :) Meh terjah nengok motor ni -------->
![]() |
| Kawasaki Ninja ZX150 SE (Green) - nice looking kan |
![]() |
| Lagi gmbr motor |
Yad dah dpt kol harini yang motor da siap (Syukur).. harini blh ambil. Tp yad tunda ambil mggu dpan (gaji xmsk lg..huhu).. No. plat JNF 4349
![]() | |
| odometer ngan tmpt kunci |
![]() |
| Nice Meter board |
![]() | ||
| Tayar besar (best utk cornering) |
![]() |
| HSAS Technology |
![]() |
| Motor ni lg best klu modify.. leh jd cam superbike pulak da.. (xterfikir lg nk modify coz xreti) |
![]() | |||||||||
| Kang modify jd cemni.. Takot nk naik..haha |
Tuesday, October 25, 2011
Thursday, October 20, 2011
Renung -renungkan (Part 2)
Assalamualaikum... Kali ni yad nak share sikit pasal cerita tujuh orang perempuan yang mempersoal @ menuntut hak mereka (sebagai perempuan) terhadap kaum lelaki..
Sila hayati k :)
.......................................................................................................................................................................................
Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.
Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...
Credit to: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=162237230536305&set=a.117650674994961.23644.100002500866357&type=1&ref=nf

Wednesday, October 19, 2011
Renung - renungkan....
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=264574626914218&set=a.212331438805204.52855.211457702225911&type=1&ref=nf

Monday, September 5, 2011
1) Jangan mendahuluiNya dengan menetapkan seseorang itu adalah JODOHmu, sebelum IJAB KABUL kerana dia BUKAN sesiapapun bagimu yang belum HALAL untukmu.. Andai dialah jodohmu yang tertulis di Lauh Mahfuzh, Allah pasti akan menanamkn rasa KASIH dalam hatimu & hatinya, itu JANJI Allah.. Akan tetapi, selagi tidak diikat oleh IKATAN yang HALAL..selama itulah jangan membazirkan perasaanmu.. Juga jangan melampaui BATAS yang telah Allah tetapkan..
2) "Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”
Bunyi macam senang ?ni erti sebenar dia :
“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung se
mua dosa bakal anak-anak aku.kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku. "
3) ** WAHAI SUAMI/ISTERI... **
Jika benar kau kasih & cintakan SUAMI/ISTERIMU itu :
-Bawalah dia ke jalan Allah
-DENGARLAH Nasihat dia
-Perbetulkan kesilapannya
-Jagalah dia dgn baik
-Kasihanilah dia
-DAMPINGLAH dia
-Berilah kasih syg padanya
-Hargailah dia
-Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
-Bersabar dengan KERENAHNYA
-Terimalah & cintailah kekurangannya
-Jadi SUAMI/ISTERI terbaik & redhalah padanya
✿..moga dia menunggumu di SYURGA..amiin..✿
4) Mula2 couple panggil SAYANG :)... Then tahun ke-2 couple ---> panggil da brubah dah panggil AYANG plak ;)... "S" dah buang... Tahun ke-3 couple ---> pun berubah gak panggil YANG ><... "A" plak yg hilang... BILA DA TUA ---> lagi SEMPOI, panggil ANG trus..
hehehe ..
5) Kejarlah apa yang berguna untukmu, minta bantuan daripada ALLAH dan jangan lemah. Apabila ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: "Kalau begini nescaya tidak akan begitu." Akan tetapi katakanlah: " Ini takdir ALLAH..." dan katakanlah: "Kami ini milik ALLAH dan kepada ALLAH kami dikembalikan.
6) "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (ali imran: 139)
7) ¸.•°*”˜˜”*°•★ Kupu-kupu tidak tahu WARNA sayap mereka, tapi manusia tahu betapa INDAHnya mereka..
Begitupun juga diri kita, tidak tahu betapa indahnya diri kita. Namun betapa ALLAH meng"ISTIMEWA"kan kita dimataNya. Ketika kita TUNDUK dalam SyariatNya, REDHA atas TakdirNya, TERSENYUM dalam musibah, TEGAR dalam ujianNya..(◕‿◕)
8) ♥ Inginku jadi PEMADAM agar aku bisa padamkam segala kedukaanmu
♥ Inginku jadi PEWARNA agar bisa kucoretkn hidupmu dengan warna yg indah
♥ Inginku jadi GULA GULA agar aku bisa memberi kemanisan di senyummu
♥ Inginku jadi PAYUNG agar aku bisa teduhi kepanasan hatimu
♥ Inginku jadi KAIN agar aku bisa litupi tubuhmu dgn kehangatan kasih sayang
InsyaAllah kpd yg HALAL only :) he he heeee~ (^_____^) ♥ ♥
(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥ ƸӜƷ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ƸӜƷ
9) "Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja, dan yang berat adalah menerima nasihat tersebut. Kerana setiap nasihat itu, dirasakan tersangat pahit; bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya."
[ Imam Al-Ghazali ]
❤•.¸¸.•´¯`❤•. .•.¸¸. ❤•´¯`•. ❤•.¸¸.•´¯`❤•. .•.¸¸. ❤•´¯`•. ❤
10) Wahai kaum Adam dengar la permintaan hawa.. :
Adam..,
Kau sebenarnya Imam dan aku Ma'mum mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku.
Wahai Adam..
Kau punyai kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu 9, nafsumu 1. akalku 1, nafsuku beribu-ribu.
Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya..
Credit to: https://www.facebook.com/profile.php?id=100001287347370#!/profile.php?id=100001287347370
Wednesday, August 24, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)