Thursday, August 4, 2011
Kelebihan solat tarawih dari malam pertama hingga akhir ....(hayatilah)
Tuesday, August 2, 2011
Ramadhan & Batalkah Puasa Kita Jika...

Wednesday, July 13, 2011
LIVERPOOL.......... YNWA
![]() | |||||||||||||||||||||
| LIVERPOOL |
hi guys... i'm coming back.. blog kali nih nak menceritakan sket pasal LIVERPOOL a.k.a The Reds... To mention, yad sememangnya a BIG fan of liverpool fan.. Dari sekolah menengah lagih.. Kenapa? Sbb mostly sbb Steven Gerrard.. Kalo sape2 fan liverpool xknal SG mmg fan celup lah tuh.. hehehe... :) sblm form 3 mmg xbrapa amek kisah lgsg sgt pn ngan bola2 nih... main ape pn x... game ke.. padang ke... futsal ke... smua tadak... smpilah satu masa nih yad tgk liverpool maen kat TV... mula2 tgk mcm biasa.. then sampi satu part nih tgk gerrard shot dr jauh.. Mmg awesome.. and offcourse gol.. sgt cantik... sgt impress time tuh.. Sejak dari tu la yad jd fan setia Liverpool dan juga bola sepak.. hehe.. sblm tu maen2 cukup syarat je.. tp bila da minat siap tiru2 gaya gerrard.. hehehe..
| |
| The Kop |
![]() |
| Line-up Squad |
![]() |
| 5 beautiful champions league winner cup |
![]() |
| LIVERPOOL 2005 champions league winner |
![]() |
| LIVERPOOL 2006 FA CUP WINNER |
Apa yg membuatkan yad teruja adalah xsangka Liverpool datang buat friendly ngan team malaysia.. Nih 1st time dorg terjah Malaysia.. Peluang bukan selalunya ada.. peluang yg xdpt dilepaskan nk tgk player2 star liverpool scra dekat... slalu nengok kat TV jeh... Mmg sgt teruja nk g sabtu nih.. Oopss.. Lupe gtau secara detail pasal tour dorg kat asia.. meh tgk jap:
MALAYSIA XI vs LIVERPOOL FC
Date: 16TH JUly 2011 (Saturday)
Venue: National Stadium of Bkt Jalil
Time: 5.45pm (lepas solat asar)
and Offcource yad pn pegi.. pegi ngan ayah and pakcik makcik ngan sepupu penang.. Yad xdpt training pass 14 july nih sbb lambat beli.. huhu (padan muke aku).. Papepn, looking forward utk nengok player2 nih beraksi walaupun Stevie G, Luis suarez, ngan Reina pale botak xdpt dtg due to several reasons (injury and national team commitment).. Hope peluang nih yad akan gunakan sebaiknya.. bkn snangkn nk dpt peluang camnih.. melainkan pegi england sniri nengok dorg men tiap2 minggu... hehe.. YNWA
![]() | ||
| My tickets |
![]() | ||
| National Stadium Bukit Jalil Maps |
![]() |
| Maps jalan |
Friday, July 8, 2011
Haris Haziq ~ My beloved nephew......
Kali nih nak bercerita sket pasal anak buah yad.. as mention kat atas gmbr atas namanya ahmad haris haziq bin ahmad tarmizi... skrg umur dia br 1 thn 5 bln (10.02.2010).. tp sgt aktif n lasak.. pantang lepas kejap kat umh mesti bergerak g marata tempat.. panjat kerusi, tungging bontot, pusing2 badan, naik atas bdn org, ketuk meja, tampar2 cermin, dan yg paling ssh nk dielakkan skali adalah baling barang.. bila nmpak benda2 kt dpan dia mst ambil dan hempas kat lantai..adeyh.. smua tu adalah habit haris tiap2 hari.. sgt2 aktif.. xlarat nk memekik dah kat dia.. dah kene marah buat muka sebek.. pastu selang 4 saat senyum balik sbb dia paham kut org marah2 pastu mst sayang cium pipi dia...hehe ;)
...........................................................................................................................
Alang-alang menyeluk pekasam... biar sampai ke pangkal lengan..
hihi.. saje jew tulis.. alang-alang da tulis pasal haris.. semangat pulak nk tambah lg..
Lepas jer Haris abes dr demam (ke.. masih demam lg? ntah, xigt.. da lame kut.. hihi), haris ikut kami (yad, mak, ayh, kak long, adik2 pompuan) pegi masjid al-hasanah kat b.b. bangi.. tujuan adalah utk g kursus haji.. oopss oopss... bukan yad yg nk g haji... tp mak ayh yg nk g.. yad, mak, ayah g buat demo haji kat belakang masjid.. haris pn xterlepas nk rasa feel berHaji (Haji haris ;p)... dia pn sibuk2 nak pakai kain ihram yg yad pakai.. lets check it out >>>>
Friday, June 17, 2011
Comeback....
Ok, abes je study, terasa nak relax puas2 kat umah... holiday panjang, xyah penin2 dah pikir esaimen2, projek2 yang berlambak tuh... mmg mcm reset je blk otak bila cuti lame2 nih... Actually bukanlah cuti sgt... sbb mmg dah free dah... hehe.. Tp yad still ada kerja time cuti nih:
1) Cari kerja
2) Jd 'driver' kat umah
3) Surirumah yg hampeh
4) main game
5) Fesbuk 24 Hours
6) G kenduri (bulan 5 kn berpusu2 org nk kahwin)
7) Jg haris haziq (satu2nya anak buah yad)
Skang da sbulan lebih dah yad 'tanam anggur' kat umah.. aiseh, wujudlah tekanan2 supaya cepat mencari kerja (i like it cause sedarkan yad).. kalau tak dok menanam anggur ja kat umah.. huhu.. Tp skrg nih telah gigih mencari kerja.. Especially kerja yg dlm bidang Aeronautik.. But then kalau lame sgt xdpt jual diri kat employer,,, terpaksalah eden mencari kerja di luar bidang.. hehe.. bak kate org, jgn terlampau memilih sgt dlm mencari kerja nih.. yup, mmg btul.. Cuma bg yad first kerja tu sgt pntg sbb akan menentukan haluan sebenar kita nnt..
Chaw dulu, smbg blk nnt bila2...hehe.. Wassalam
Sunday, April 24, 2011
Less than two days to go......
Thursday, April 14, 2011
Hakikat sebenar perasaan cinta & sayang
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
p/s: Credit to Tengku Ikmal's note on facebook







