Thursday, December 6, 2012

Koh Samui, Thailand

Satu bulan yang lepas masa Hari Raya Haji my family (xsemua ikut) ada buat trip to Koh Samui, Thailand. Motif bercuti adalah untuk menghabiskan tiket free from Firefly. Just bayar tax je utk tambang.. hehehee. Kami pergi selama 3 hari. Berlepas dari skypark terminal, Subang.

Skypark Terminal, Subang


Flight kami waktu petang dalam pukul 1.30pm. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 45 minit. Agak lama jugak utk pjalanan jarak dekat. (Thailand jeh pn, hahaa). Nak gi ke pulau ni ada dua cara. Sama ada melalui udara ataupun laut (darat xda ye.. haha.. obviouslah).Klu dari Malaysia boleh nek Firefly dr Subang mcm yang kami buat. (xsalah ada satu je flight dari malaysia ke sana - firefly). Xpun klu nak ikut darat blh gi Thai dulu ke Surat Thani then nek bot ke Koh Samui. (agak leceh).


Cantik permandangan dr dlm flight

Sedikit pengenalan mengenai Pulau Koh Samui. Pulau ni terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, pantainya yang putih-halus-cantik-lembut, coral reefs dan pokok kelapa yang sgt cantik dan tersusun. Pulau ni yang kedua terbesar di Thailand selepas Pulau Phuket. Pulau ni mmg ramai pelancong ASING. Dah macam bukan ada kat Thai je. Orang Thai yang ada kebanyakannya bukannya pelancong, tapi orang yang kerja2 kat situ je. Memang majoriti pelancong kat pulau ni. Kerajaan Thai memang mjaga tempat2 peranginan pulau diorang. Sgt cantik. xmcm di tanah besar di Thai. Segala ceruk2 mana pun tersusun rapi n bersih. Sgt sesuai utk pelancong.


Samui Airport. Dah macam resort pulak.

Gambar di atas adalah Airport. Samui Airport. Jgn xcaya ye. Berkonsepkan resort. Sgt sesuai utk para pelancong. Sgt cantik-bersih-tersusun. Ambil gambar ceruk mana pn still cantik. Cuma airport ni xlah sebesar mana pun. Kapal terbang kecik2 je blh landing.


Baan Sukreep Resort

Sesudah sampai ke Pulau ni, kami trus sewa kereta vios. Cukup2 muat utk lima orang kami. Harganya sewaan agak murah. Yad xigt berapa Bath tapi agak berbaloi utk 1-day rent .
Then kami terus pergi check-in di Baan Sukreep Resort. Resort ni kecik je. Tapi sgt cantik dengan susunan pokok2, hiasan dan mcm2 lagi. Harganya pn murah dlm RM 250+ je kot klu dah convert. Kolam renang pn sgt best. Best sebab dapat mandi sgt malam2 buta sampil menikmati bulan bintang capricon.


Bilik air yang tersusun kemas + cantik

Kami ambil dua bilik. Satu besar, satu macam apartment. Siap ada kitchen lagi tu. Memang selesa + berbaloi.


One of  the street in Koh Samui

Tapi apa yang memeningkan pandangan mata adalah sistem elektriknya. Xubah macam di tanah besar Thai. Berselirat benor.Macam mana lah kerja2 maintainance dilakukan yer.. Poning den just by looking. Jalan2 kat sana memang kecil, tapi bersih. Naik motor ada yang xpakai baju. Maybe sbb senang nak gi mandi pantai la konon. haha. Helmet pn macam xwajib pakai je.
 
Habis cite pasal pulau ni, meh layan gambar pemandangan laut sket:


Panas terik noh

Waktu kami pergi cuaca kat sana sgtlah panas terik dekat cecah 34 degree. Masak megi pn blh. (Boleh ker?)


Nice view

Setelah penat berjalan dgn cuaca teriknya, kami minum2 di satu restoran ni. xigt apa. minum air jeh + aiskrim utk regain blk air dalam badan drpd terhidrat (amboi..). View sgt cantik. Blh nampak batu2 besar tepi laut + coral reefs.


Hahaha

Grand Father Rock View =P

Sesudah penat berjalan. Kami pergi ke Grand Father Grand Mother Rock. Nak tau pebendanya tu, sila google k. hehehe. View pn sgt cantik.


Cantik keindahan alam ciptaan Allah

See.... sgt cantik kan.


Bersantai di pantai


Diwaktu petang cuaca sudah makin redup. Sesuai utk aktiviti2 pantai. Kami pn mandi laut. Lautnya sgt landai. Boleh g mandi jauh2 pn xpa. Still kaki leh cecah. (hehee.. kes takut dalam). Pantai sgtlah ramai orang. ramai btul. Smua tgk omputih je. Btw, nice view.

Kemudian keesokan harinya kami berjalan seperti biasa. Kebanyakannya kne naik kete. heheh... kes malas nak jalan. Tgh harinya kami bersedia utk ke Samui Airport utk balik.



It was rather a fun trip. I Hope to get another chance to go there again.  =)


No comments: