Thursday, December 13, 2012

Koleksi Tazkirah: Bahagian 2

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Harini yad nak sambung lg tazkirah untuk bahagian 2. Antaranya seperti dibawah:


1) `♥ Wang RM10 begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

`♥ 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

♥ Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati pemutaran filem di panggung wayang.

♥ Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi betapa mudahnya mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman.

♥ Betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa bosannya bila imam solat jika terlalu lama bacaannya.

♥ Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja, tapi novel best-seller 100 halaman pun habis dilalap.

♥ Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

♥ Susahnya orang mengajak untuk berdakwah, tapi mudahnya orang menyebar gossip.

♥ Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi kita sering mempersoalkan apa yang dikatakan Al-Quran.

♥ Semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara atau pun melakukan apa-apa.

♥ Kita boleh post ribuan lawak tapi bila post yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir 2X.

-Pakar diari hati (FB)-

2) ‎" Iblis TAK nak SUJUD pada Nabi Adam BUKAN tak nak SUJUD pada Allah...Orang yang TAK nak SUJUD pada Allah LEBIH jahat daripada Iblis "

-Koleksi Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus (FB)-

3) Biarpun kita bukanlah orang yang istimewa tetapi kita cuba membuat orang rasa istimewa bila di sisi kita.

"Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, maka langkah terbaik adalah suka dengan apa yang kita dapat..itulah SYUKUR namanya"

-See More (FB)-

4) ‎"Berusahalah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari".

-Sehari tak Like status orang aku rase nak demam jer (FB)-

5) orang yang sayangkan kita akan jauhkan kita dari neraka dan dekatkan kita dengan syurga.

#renung-renungkan.

-Fadhuli Zawawi (FB)-

6) Setitik peluh wanita yang kepanasan kerana bertudung demi menutup auratnya, ia dikira sebagai pahala.

- www.PakarCinta.com (FB)-

7) “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472). HR Muslim

-http://www.blogammar.com/pendapat-mengenai-asal-usul-dan-fitnah-dajjal/-

......................................................................................................................................
-SEKIAN- 
......................................................................................................................................

Usahakanlah diri kita untuk memberi tazkirah kpd diri kita dan orang lain, walaupun sepotong ayat. In Shaa Allah, tuhan akan membalas kebaikan yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا. (مسلم وأبو داود والترمذي

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Hope tazkirah ni dpt membantu kita menilai diri dan berusaha utk berubah utk menjadi lebih baik dunia dan akhirat hendaknya. Amiiin..

No comments: