Saturday, December 15, 2012

Koleksi Tazkirah: Bahagian 4

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Harini yad nak sambung lg tazkirah untuk bahagian 4. Antaranya seperti dibawah:


1) Tahukah kamu JIKA TERDETIK walau SEDETIK hatimu UNTUK BERUBAH LEBIH BAIK, ianya adalah HIDAYAH dari ALLAH . Kerana RASA itu MILIK ALLAH. Jangan abaikan perasaan itu, mulakan walau selangkah cuma, bersikit lebih baik dari langsung tiada :')

-Pakar diari hati (FB)-

2) Apakah menu pilihan Rasulullah s.a.w.?

Jom kita semak:

1- Kurma dan air kosong.
2-Tharid (roti yang dicampur daging dan berkuah)
3- Roti yang dimakan dengan cuka.
4- Roti dengan minyak zaitun.
5- Roti dengan KEJU.
6- Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum.
7-Roti dengan kurma.
8-Kurma dengan mentega.
9-7 biji kurma yang direndam di dalam susu (biasanya dimakan waktu pagi)
10-Kurma dan tembikai
11-Timun dan kurma

-Fhairna Baharulrazi (FB)-

3) Lelaki paling hensem dekat dunia ni AYAH kita..
Perempuan paling cantik dekat dunia ni EMAK kita..
Siapalah kita tanpa mereka..
Hargai mereka selagi mereka masih ada.. :)

-Bercinta Selepas Nikah (FB)-

4) Kita tulis benda² baik...Tak semestinya kita baik ..
»» tapi sekurang-kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan?

► Kita cakap benda² baik, tak semestinya kita baik ..
»» tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara2 tak baik kan?

► Kita buat baik, tak semestinya kita baik...
»» tapi sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan?

••► Kita bukanlah bagus sangat...tapi kita pun bknnya jahat sangat kan

-AKU BENCI DEDAH AURAT DI LAMAN SOSIAL (FB)-

5) MULUT NERAKA VS MULUT SYURGA (Wording From Prof Muhaya This Morning @ IKIM.FM)

i. Mulut Neraka
- Lepas kita bercakap dengan org, org yg mendengar kita bercakap akan rasa gelisah, marah, dendam, rasa tak berguna, useless, sedih, monyok

ii. Mulut Syurga
-Lepas kita bercakap dengan org, org yg dengar kita bercakap akan rasa cerah masa depan, lebih tenang, stabil, problem boleh solved, suka, gembira.

iii. Apa yang kita cakap bermula dari minda.

iv. Apa yang difikir oleh minda datangnya dari hati.

v. Apa yang terbit dari rasa hati bermula drp akidah yang kita miliki

-Rahsia Tarikh Lahir Anda (FB)-

6) Jangan sampai kita terlupa!

- ada suami yg lupa bhwa ibu lebih utama dari isteri,
- ada isteri yg lupa bhwa suami lebih utama dari ibu,
- ada ibu bapa yg lupa ank prempuan mereka perlu mngutamakn suaminya lebih dri ibu bapa,

- ada isteri yg lupa bhwa si suami perlu mengutamakn ibu si suami melebihi si isteri,
- ada ank lelaki yg lupa bhwa tnggungjwb mnjaga ibu & bapa trgalas d bahu mereka & bkn pda anak² prempuan.

- ada ank prempuan yg lupa dia lebih trikat dgn tnggungjwb kpda suami & ibu bapa suami lebih drpda ibu bapa kndungnya sndiri..

-Bercinta Selepas Nikah (FB)-

7)    Suami Yang Tidak Tampan..

Seorang lelaki buruk rupa dan berbadan pendek berkahwin dengan seorang wanita cantik jelita.
Pada suatu hari, isterinya telah berdandan sehingga menjadi semakin cantik dan menawan di mata suaminya.

Si suaminya terpaku dan merenung isterinya..
Isterinya bertanya, “Ada apa denganmu sayang?”
Suaminya menjawab, “Demi Allah kamu sangat cantik rupawan.”
Isterinya berkata, “Bergembiralah, aku dan kamu akan masuk Syurga.”
Suami bertanya, “Dari mana kamu tahu itu?”
Isterinya menjawab, “Kerana kamu dianugerahi isteri cantik seperti aku lalu kamu bersyukur, sementara aku diuji dengan suami seperti kamu lalu aku bersabar. Orang yang sabar dan orang yang bersyukur akan sama-sama masuk Syurga.”

p/s : Positif itu perlu seiring dengan redha dan syukur.. Tiada siapa yang tidak di uji di atas muka bumi ini.. Hadapi dan harungilah dengan minda yang terbuka, semuanya akan menjadi lebih mudah.. insyaAllah..

-Bercinta Selepas Nikah (FB)-

8) (◕‿◕) Duhai Adik2 Perempuanku Sayang (◕‿◕)

✿ Perempuan tidak seharusnya menjadi Bulan yang mana semua orang boleh melihatnya..

T E T A P I

✿ Perempuan harus menjadi Matahari yang membuat semua mata tunduk sebelum melihat kepadanya.

# Untuk apa Cantik di mata manusia, tapi Tidak di Mata Allah kn.

-I.S.L.A.M = I Sincerely Love Allah & Muhammad (FB)-











......................................................................................................................................
                                                      -SEKIAN-
......................................................................................................................................

Usahakanlah diri kita untuk memberi tazkirah kpd diri kita dan orang lain, walaupun sepotong ayat. In Shaa Allah, tuhan akan membalas kebaikan yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا. (مسلم وأبو داود والترمذي

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Hope tazkirah ni dpt membantu kita menilai diri dan berusaha utk berubah utk menjadi lebih baik dunia dan akhirat hendaknya. Amiiin..

No comments: