Friday, December 14, 2012

Koleksi Tazkirah: Bahagian 3

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Harini yad nak sambung lg tazkirah untuk bahagian 3. Antaranya seperti dibawah:


1) ‎"Jangan fikirkan bila kita akan MATI. Tapi fikirlah bagaimana kita akan MATI . Mudah-mudahan kita semua akan MATI dalam ISLAM, IMAN dan DIMASUKKAN dalam SYURGA.."

-Bercinta Selepas Nikah (FB)-

2) RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU

" Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "

" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "

" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "

" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "

-Bercinta Selepas Nikah (FB)-

3) ‎"Perempuan yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah S.W.T. di Syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli Syurga.." ♥ ♥ ♥ ANDA SUKA TAK?

-Ya Allah Selamatkanlah Palestine (FB)-

4) Selepas Sayyidina Umar Al-Khattab menjadi Khalifah kedua, beliau menjadi seorang yg sangat penyayang dan sungguh berlemah lembut terhadap org bawahannya.. Beliau pernah berucap, "Jika aku melakukan kesilapan, tegurlah aku.. Aku hanya manusia biasa," beliau juga pernah berdoa, "Ya Allah, jika ada lagi rakyatku yang kelaparan/kemiskinan tanpa pengetahuan aku, ampunkanlah daku.." Beliau akan keluar malam hari hanya utk merantau dan mencari jika ada rakyatnya dalam keadaan susah dan lapar...

-khazinatul asrar (FB)-

5) ⊹⊱✿ Awak jgn risau, kite tidak berseorangan ♥ ✿⊱⊹

KITA BUAT → ALLAH MELIHAT → MALAIKAT MENCATAT, KITA CAKAP → ALLAH DENGAR→ MALAIKAT MERAKAM, KITA SEDIH → ALLAH MEMAHAMI → MALAIKAT MENEMANI :)

--Ya Allah Selamatkanlah Palestine (FB)-

6) Cucilah 4 perkara dengan 4 perkara :

1-Cucilah wajahmu dengan air wudhukmu
2-Cucilah lidahmu dengan zikirmu
3-Cucilah hatimu dengan sifat mahmudahmu
4-Cucilah dosamu dengan taubatmu

-Pakar diari hati (FB)-
7) 10 Tips utk mendidik anak pompuan utk solat:

1. Dibelikan telekung yang cantik .
2. Puji byk2 kata cantik
3. Doa semoga anak lembut hati
4. Rotan sebagai pameran sahaja
5. Selesai solat berikan hadiah yg dia suka ; contoh: ais cream
6. Peluk anak selepas solat
7. Cerita azab api neraka
8. Beritahu dia semua orang Islam, kena solat, kalau tak nak solat, kita
kena dok planet lain, tak boleh duduk di bumi ni. Planet lain tak boleh
nak makan ais cream.
9. Beritahu kena solat sbb nak bersyukur pada Allah, sebab Allah beri
mulut, boleh makan aiskrim, tangan boleh pegang aiskrim, kaki
boleh pergi kedai beli aiskrim.

..Barakallahhufikum..

-Joe G Satrucci (FB)-

8) Yang menjual, menghidang, memberi,
menyampaikan, menjadi perantara, menjaga
kaunter jualan dan apatah lagi si pemilik
perniagaan ARAK, sama saja hukumnya SEBAGAI
PEMINUM ARAK...0:)p

Begitulah maksud pesanan Nabi kita tercinta...

Ustaz Azhar Idrus ~

-Sehari tak Like status orang aku rase nak demam jer (FB)-

9) "..Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan di doakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya.." - HR Muslim~

-I.S.L.A.M = I Sincerely Love Allah & Muhammad (FB)-


......................................................................................................................................
  -SEKIAN-
......................................................................................................................................


Usahakanlah diri kita untuk memberi tazkirah kpd diri kita dan orang lain, walaupun sepotong ayat. In Shaa Allah, tuhan akan membalas kebaikan yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا. (مسلم وأبو داود والترمذي

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Hope tazkirah ni dpt membantu kita menilai diri dan berusaha utk berubah utk menjadi lebih baik dunia dan akhirat hendaknya. Amiiin..

No comments: